Seperti yang saya janjikan…Pada post kali ini saya akan menunjukkan langkah demi langkah untuk setup RSS di blog anda.Langkah-langkah ini adalah untuk ‘themes’ Wordpress yang telah mempunyai ruangan ‘SUBSCRIBE TO RSS’ sendiri.Ini adalah sebahagian daripada perkongsian saya untuk membantu sesiapa saja yang menghadapi kesukaran untuk setup RSS terutama sekali ‘newbie’ macam saya ni dan untuk mengelakkan anda membuang masa memikirkan/mencari jalan penyelesaiannya…Saya sendiri mengambil masa berhari-hari untuk menyelesaikan masalah ni.Nasib baik la ada sorang kawan yang membantu. :-) Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.
1. Dapatkan akaun Gmail anda DI SINI. (Sila abaikan sekiranya anda telah mempunyai akaun Gmail.)
2. Login FeedBurner menggunakan akaun Gmail anda DI SINI.
3. Setelah login, akan keluar paparan ‘My Feeds’ pada skrin komputer anda.Pada kotak ‘ Burn a feed right this instant.Type your blog or feed address here: ‘ – anda isikan alamat blog anda dan klik butang Next.
4. Kemudian ikuti segala langkah-langkah yang telah ditetapkan oleh FeedBurner.
5. Kembali semula ke ‘My Feeds’ dan klik pada ‘FEED TITLE’ .
6. Klik pada ‘Publicize’ dan pilih ‘Email Subscriptions’.
7. Copy kod yang berada di ‘Subscription Link Code’.
8. Buka Wordpress Admin anda, pilih Appearance > Editor.Sekiranya RSS anda berada di bahagian atas (header) ‘themes’ anda seperti saya, sila buka file header.php.
9. Pada file .php tersebut, scroll ke bawah sehingga anda nampak action=”http://www.feedburner.com/fb/a/emailverify”.Gantikan “http://www.feedburner.com/fb/a/emailverify” dengan kod yang anda copy sebentar tadi.
10. Code yang tertera pada ‘Subscription Link Code’ akan kelihatan seperti ini :-
Subscribe toRevolusiUsahawandotcomby Email – ni contoh code saya.
11. Anda cuma perlu copy “http://feedburner.google.com/fb/a/mailverify?uri=Revolusi Usahawan&loc=en_US” dan gantikan code ini dengan langkah No. 9 di atas.
12. Setelah siap kesemuanya, klik ‘Update File’ untuk save segala perubahan yang telah dibuat pada file .php sebentar tadi.
So skang blog anda dah ada function RSS.Senang kan… :-)
p/s : jangan lupe subscribe RSS Revolusi Usahawan dot Com supaya anda tak ketinggalan post-post terkini daripada saya… ;-)
Terima Kasih & Selamat Mencuba..!
Hadinur MS
Follow Me on Twitter : http://twitter.com/hadinurms
Add Me on Facebook : http://profile.to/hadinurms/
# # #
Ke arah perniagaan internet yang sebenar dan rahsia usahawan internet buat duit online. Pelajari strategi keusahawanan internet dan dapatkan info berkenaan perniagaan internet dan buat duit online.